walk the walk.
Perjalanan.
Dalam hidup kita,siapa pun kita, bagaimanapun keadaan kita, kita mesti teruskan. Sebuah perjalanan minda, emosi, fizikal, evolusi hidup, pembelajaran, semua akan di tempuhi, mengumpul segalanya menjadi satu pengalaman.Yang bakal Mendewasakan.
Perjalanan.
Mungkin ada yang begitu lancar, seronok dan senang.
Mungkin ada yang penuh ranjau berduri,terluka, siksa dan hiba.
Mungkin ada saling bersilih antara suka dan duka.
Semuanya harus di lalui jua.
Kerana hidup tiada erti tanpa itu semua.
sehinggalah kita bertemu sang Pencipta Kita,
Yang Maha Agung.
Dan akan bermula satu perjalanan baru di sana.
Yang Kekal selamanya.